Assalamualaikum wbrt....
Betapa sukarnya untuk mencari majlis ilmu agama di masjid-masjid di Johor, kususnya di daerah Pengerang, Johor. Bukan sebab tidak ada peceramah atau ustaz yang boleh mengajar, tetapi disebabkan ustaz2 ini tidak ada tauliah dari Jabatan Agama Islam Johor. Ada di kalangan ustaz ini lulusan Al-Azhar, tapi dek kerana tiada tauliah maka mereka ini hanya layak jadi ustaz di sekolah sahaja.
Inilah buktinya bahawa UMNO gagal menyebarkan dan meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya setelah menjadi tunjang pemerintahan negara lebih 50 tahun. Rakyat terus 'dijahilkan' dalam soal agama dengan menyekat penyebaran ilmu agama. Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO dalam mempertabatkan Islam di bumi Malaysia ini......
Jenayah terus meningkat dari sehari ke sehari. Adakah Malaysia sebuah negara yang aman? Betul, tidak berlaku peperangan di negara kita seperti di Iraq, Afghanistan,Filifina, Thailand dan seumpamanya. Tapi, cuba kita baca surat khabar.... penuh cerita jenayah, rompak, bunuh, rogol, samun, culik dan yang sewaktu dengannya. Dengan kata lain, duduk kat rumahpun tak selamat apatah lagi bila berada di luar rumah. Kenapa jadi begini? Inilah adalah bala dari Allah terhadap manusia-manusia yang sombong. Merasakan diri mereka lebih bijak dari Maha Pencipta. Agama hanya menjadi pelengkap ruang-ruang yang kosong.
Lebih malang lagi, rakyat terus 'dijahilkan' dengan menghalang ilmu-ilmu agama disebarkan dengan pelbagai alasan. Pendakwah disyaratkan mempunyai sijil tauliah, tetapi mereka memohon ramai yang gagal mendapatkanya. Begitulah sukarnya untuk menyebarkan Ilmu Islam di negara 1 Malaysia ini.
Masjid di kampung aku ni, hanya ada kuliah tajwid al-quran 2 kali sebulan sahaja. 28 hari lagi hanya disi dengan bacaan al-quran sekali sekala. Tidak mustahil, jika UMNO terus dibiarkan memerintah Malaysia Islam akan semakin terhapus dan akhirnya pupus dari jiwa-jiwa umat Islam.
ISLAM KUAT UMNO TIDAK SELAMAT...