Isnin, 28 Jun 2010

Ek eleh.....

Assalamualaikum wbrt...

Salam Perjuangan buat rakan seperjuangan dan seakidah......

UMNO pasti akan akan gubal dasar perjuangannya parti mereka pada perhimpunan agung akan datang. Keadaan bertepatan dengan kemasukan 40 ulama muda yang berpendidikan tinggi pada malam jumaat yang lepas. Al-Quran dan Sunnah akan menjadi Tonggak dalam kehidupan dan berpolitik bagi UMNO. Tuan Guru datuk Seri Najib adakan diangkat sebagai Mursyidul Am yang pertama dalam UMNO. 

Yang lain2 tu rekalah sendiri ye.....tak larat aku nak meramal....


Isnin, 7 Jun 2010

Assalamualaikum wbrt.....

Perjuangan Islam bukanlah semudah apa yang diucapkan dengan lidah.......Pertama sekali kita mestilah faham
apakah matlamat sebenar perjuangan Islam. Apakah kita mampu menegakkan Islam secara individu ataupun
dalam perkumpulan yang kecil. Lantaran ketidak fahaman sesetengah golongan ahli agama, kita dapat lihat hari ini terdapat segelintar individu yang berapi bercakap soal memperjuangkan Islam tapi dilakukan seorang diri. Mahu atau tidak perjuangan Islam wajib dilakukan secara berjamaah......Ijtihad yang dilakukan secara berjamaah lebih baik dari ijtihad yang dilakukan secara seorang diri. Sesuatu tindakan yang dilakukan secara musyawarah adalah lebih baik dari tindakan yang dilakukakan secara soarang diri.  Banyak lagi perkara yang dilakukan secara berjamaah lebih baik, lebih afdal dan lebih berkesan daripada perkara yang dilakukan secara seorang diri.

Tulisan ringkas ini hanyalah sekadar ingatan kepada ahli agama yang merasakan perjuangan yang dilakukan oleh mereka secara individu adalah betul sehingga merasakan seolah-olah ulama atau ahli agama dalam PAS tidak betul. Apapun aku mendoakan agar mereka ini terus istiqamah dalam menyatakan hak Islam tidak sebagaimana ulama teropah dalam UMNO yang berkokok berdegar-degar ekor penuh dengan taik.

Teguran ini tidak ditujukan secara khusus.......siapa makan cili dia rasa pedas.

 Pengerang, JOHOR