Assalamualaikum....
Dulu...
Masa aku Tingkatan 5, asrama sekolah baru dibuka. Jadi, akulah generasi pertama yang memasuki asrama dan aku adalah antara senior di asrama. Sebagai senior, aku dan beberapa kawan dikategorikan antara beberapa orang pelajar ang nakal. Warden pertama di asrama tersebut ialah Cikgu Karim (Apa khabar cikgu sekarang?). Boleh dikatakan hampir setiap minggu apabila di adakan perhimpunan malam, nama aku dan beberapa rakan (nama dirahsiakan) akan disebut bersama dengan kesalahannya. Maka, malam itu dapatlah kami beberapa das.... Gambaranya ini menunjukkan aku ini antara pelajar yang nakal di asrama tapi bukan di sekolah. Di sekolah perwatakan amat berbeza.
Okeylah, aku tidak mahu cerita kat sini apakah jenis kesalahan yang telah aku lakukan, cuma cukuplah kalau aku katakan ianya adalah kategori kesalahan kecil aje.... Apa yang ingin aku ceritakan di sini ialah tentang seorang sahabat aku yang cukup baik pada waktu itu. Dia sering memarahi aku dan kawan-kawan yang lain apabila kami melanggar peraturan asrama. Dia juga sering menasihati kami dalam banyak perkara khususnya dalam perkara berkaitan agama.
Masa berlalu, selepas SPM kami mula berpisaah. Ada kawan aku yang bekerja, ada yang ke mmatrikulasi, ada yang sambung ke Tingkatan 6 dan ada juga yang ambil SPM sekali lagi.... Kawan aku yang baik ini telah menyambung ke Tingkatan 6. Semasa di Tingkatan 6, dia telah terlibat dengan pasukan drama sekolah dan telah mendapat Johan Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan. Kalau tak silap aku, drama tu berkaitan dengan Puteri Hang Li Po..... Masa tu aku dok Matrikulasi.
Aku dikhabarkan bahawa kawan itu telah sambung belajar di Akademi Seni Kebangsaan. Bidang apa aku tak tahu. Dengan tidak disangka-sangka, aku telah berjumpa dengan kawan tersebut di U tempat aku belajar. Masa tu aku dah final year dan dia pula baru masuk semester 1 degree. Kali ini aku cukup terkejut dengan penampilannya!!!!!!!!!!!!!!!!! Mungkin inilah yang telah dia dapat setelah belajar di Akademi Seni Kebangsaan. Aku serba salah untuk bersalam dengannya.......kenapa? Kerana aku tak pasti dia lelaki atau perempuan. Kalau aku ceritakan inilah orang yang sering menasihati aku dulu pasti tiada yang percaya. Kawan aku kini telah menjadi NYAH.......
Kisah ini belum habis lagi nanti aku ceritaka lain kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan