Ahad, 29 Ogos 2010

Sekadar Ingatan

Assalamualaikum........

Nampaknya UMNO akan menang PRU-13 akan datang dengan syarat DAP perlu keluar dari Pakatan Rakyat. Bagi mencapai tujuan itu, isu2 perkauman haruslah dimainkan dengan sebaik mungkin termasuklah juga isu hudud. Media pengampu juga harus digembeling dengan kemas bagi mempersebahkan cerita2 yang keparat.

Jarum2 kebencian yang ditanam kian menampakkan hasilnya meskipun ianya belum mampu menggoyah persepakatan Pakatan Rakyat. Lantaran itu, sayugia diingatkan kepada semua pimpinan dan para blogger Pro PR agar tidak mudah melenting dengan isu yang berlaku. Berfikirlah dengan waras dan dapatkanlah penjelasan yang sebenar sebelum membuat sebarang komen dan ulasan. Jangan mudah terpedaya dengan helah wartawan media yang berkiblatkan UMNO. Telajak perahu boleh diundur......

Perlu disedari juga, UMNO dan BN mempunyai senjata yang cukup ampuh mereka. Apa lagi kalau bukan SPR, PDRM, SPRM dan tidak terkecuali mahkamah. Kalau terdesak, istana juga mungkin akan digunakan oleh UMNO. Sudah terang lagi bersuluh..............Saya cukup yakin, nakhoda bagi setiap kapal2 ini akan terus dikekalkan sehingga selepas PRU-13 nanti. Jasa mereka cukup besar dan sangat2 ditagih oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa. Pastinya perlawanan ini tidak adil......

Apapun........perjuangan memenangkan Islam ini WAJIB digerakkan oleh semua orang yang mengaku Islam, cintakan Allah dan Rasul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan