Isnin, 2 November 2009

Abu Sayyaf dalam Kenangan

Assalamualaikum wbrt....

Bila melihat keadaan dalam jemaah hari ini, teringat pula masa kat kampus dulu....Hari ini dikatakan adanya golongan Endorgan, dulu masa kat kampus kami ada golongan yang digelarkan Abu Sayyaf. Kumpulan ini muncul disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan yang melanggar keputusan muktamar. Kesannya amat besar pada jamaah pada waktu itu.....


Ini bukan Abu Sayyaf....

Banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan pada waktu itu. Moral dan motivasi pimpinan jelas merudum dan begitu juga pada ahli jamaah. Lantaran itu, jamaah pada waktu itu dikatakan terbahagi kepada 3 golongan, iaitu :
1. Golongan yang menyokong pimpinan
2. Golongan yang menentang (Abu Sayyaf)
3. Golongan berkecuali

Jelas, kesan perpecahan ini akan melemahkan jamaah, tidak kira jamaah kampus mahupun jamaah PAS...Jadi marilah kita bermuhasabah diri, apakah tujuan kita meletakkan diri kita dalam jamaah Islam.

TEGUHKAN JEMAAH, TERUSKAN JIHAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan