Isnin, 2 November 2009

Tauliah?

Assalamualaikum wbrt...

Hari ini kita dikejutkan dengan penangkapan Dr. Asri Zainul Abidin di sebuah banglo di Taman Ukay. Beliau dikatakan telah berceramah tanpa mempunyai tauliah.

Aku sering menyatakan ketidakpuasan hati bila memperkatakan soal tauliah apabila berbicara dengan rakan-rakan. Sebagai contoh, masjid tempat aku tinggal hanya ada 2 kali kuliah dalam sebulan. Itupun hanya kuliah fardhu ain. Tempat aku ni bukannya tiada Ustaz.... Ustaz sekolah lulusan Universiti Azhar ada, U tempatanpun ada..... Tapi tak boleh mengajar kerana tiada tauliah. Bagi aku yang dah bekerja, masjidlah tempat aku menambah ilmu agama....selain dari pembacaan. Tapi dek kerana tauliah, ilmu ISLAM menjadi terbatas..... Walau setinggi  mana sekalipun belajar agama, kalau tiada tauliah seseorang itu tidak boleh mengajar. Itulah yang membezakan para pendakwah Islam dengan pendakwah agama lain.

Mungkin inilah nasib seorang pendakwah di negara ISLAM 1Malaysia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan