Assalamualaikum wbrt.....
Nampaknya Seminar Khas PAS telahpun berakhir. Aku tak pasti samada seminar ini telah mencapai ataupun tidak objektif yang telah digariskan. Apa yang penting, resolusi yang diputuskan perlulah diteliti dan diperhalusi oleh mereka yang berkenaan. Jangan hanya habis di sini tanpa sebarang tindakan susulan.
Namun begitu, perlu juga diingatkan...... PAS jangan hanya banyak menghabiskan masa untuk membincangkan masalah ini tanpa memperbanyakkan aktiviti2 memperkasakan PAS. Aktiviti menarik ahli baru perlu dirancakkan lagi. Begitu juga dengan aktiviti2 kemasyarakatan di setiap UPU dan DUN. Tidak lupa, sekali lagi aku tegaskan bahawa PROGRAM PENTABIYYAHAN AHLI haruslah disusun dan dimantapkan lagi...... Apa guna PAS memiliki ahli yang ramai sekiranya ahli tidak memahami prinsip perjuangan dan konsep berjamaah. Ahli sebegini sangat ramai di dalam PAS....
Hari ini, para blogger UMNO tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan bahan untuk ditulis di blog2 mereka. Mereka hanya perlu melayari blog2 pro PAS sahaja untuk mendapatkannya.... Dengan kata lain, blogger pro PAS dah jadi pembekal bahan berita kepada blogger UMNO.... Cukup sekadar copy, paste dan comment. Malahan ada juga blogger2 pro PAS yang menghina dan mencerca pimpinan dengan menggunakan bahasa yang kesat sekali. Cth : rujukan ... Jelas ini bukan adab berjamaah yang sebenar. Lebih pelik lagi blogger ini menjadi rujukan bagi blogger lain lagi..... Full stop.
Akhir sekali, aku mohon maaf kalau tersilap tulis..... Hanya sekadar renungan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan