Selasa, 29 Disember 2009

Aku akan terus berblog

Assalamualaikum wbrt

Nampaknya dah lama benar aku tak update blog ni. Inilah nasib blog tak 'sohho'. Tulis banyak ko, sikit ko tak dak siapa yang peduli. Malah tak ada yang jumpa pun. Tulis untuk syok sendiri aje. Apapun aku akan cuba menulis dengan istiqamah.

Sabtu, 21 November 2009

BERDAKWAH KEPADA ALLAH : Dakwah Fardiah (Muqadimmah)

Oleh : Mustapha Masyhur

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di   setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.”  (Fushilat: 33)


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.”   (Riwayat at-Tabrani)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramahceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini:

Pertama: Mengenai methodologi dan peringkat-peringkat dakwah fardiah.
Kedua: Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie yang melaksanakan tugas
ini.

Ahad, 15 November 2009

KISAH PERJALANAN PARA PEMINANG BIDADARI 1

بسم الله الرحمن الرحيم


I. ABU ABDULLAH AS SYARQY ( MUSY’IL AL QOHTHONY )

Beliau seorang yang hafal Al Qur’an Al Karim, dan beliau adalah salah satu mahasiswa di Kuliyah Sar’iyyah di Ahsa’ dan termasuk orang yang mempunyai ilmu syar’ie.

Akhlaqnya yang mulia sungguh menakjubkan, sifatnya mulia, ketenangan jiwanya yang mengherankan, dan kewibawaan yang Allah berikan kepadanya. Jikalau engkau melihatnya maka engkau akan melihat pancaran cahaya ketaatan keluar dari wajahnya. Beliau termasuk orang yang ikut serta teman-temannya berjihad di Afgahanistan memerangi Rusia dan Komunis. Beliau berjihad bersama kakaknya, dan kakaknya telah terbunuh disana sebagai syuhada’.

Setelah terbunuhnya sang kakak, beliau pulang kembali ke orang tuanya di kota Al Jabil di daerah timur dan beliau melanjutkan kuliah di Universitasnya sampai ibunya wafat – semoga Allah merahmatinya -.
Dahulu beliau sering merayu ibunya untuk diijinkan berangkat ke Bosnia, akan tetapi ibunya tidak mengijinkannya. Kemudian beliau meminang seorang perempuan dari keluarga baik-baik, beliau memberikan tenggang waktu untuk melaksanakan akan nikah, akan tetapi Allah menolak rencana itu dan menikahkan beliau dengan Hurun ‘Iin.
                      
Ketika beliau berada pada semester akhir di Universitasnya, beliau sudah tidak sabar lagi ketinggalan jihad dan beliau mengikuti berita-berita para mujahidin disana. Lalu beliau mengemasi kopernya bertepatan masuknya bulan Romadhon yang mubarok pada tahun 1415 H. dan beliau ingin menghabiskan bulan yang mulia ini di sana – Bosnia -. Kemudian beliau bertemu dengan salah seorang teman yang menemani beliau ke Ibu Kota Kroasia yaitu Kota Zaghrob. Ketika beliau menginap di sebuah Hotel selama tiga hari, selama menginap disana ada kejadian yang luar biasa yang beliau alami, yaitu bertemu perempuan yang cantik.

Akhirnya beliau memutuskan tinggal di Hotel selama tiga hari bersama temannya. Ternyata disana ada seorang perempuan yang bekerja di Hotel itu. Perempuan tersebut mengagumi kepribadiannya, yaitu ketika ia melihat jenggot beliau yang lebat dan parasnya yang tampan, maka perempuan itu mulai merayu dan menggodanya. Akan tetapi Allah menjaganya dari perbuatan keji perempuan tersebut hingga berlalu selama tiga hari. Kemudian perempuan tersebut datang untuk memamerkan dirinya di ruang tunggu. Perempuan itu berkata kepada lelaki – saudara - tersebut : “ Jikalau aku menginginkanmu sungguh aku akan menggodamu seperti aku telah menggoda sepuluh lelaki lain sepertimu ". Akan tetapi lelaki tersebut pergi dan berlalu begitu saja meninggalkan perempuan itu. Dan melajulah ia dengan mengendarai pesawat terbang menuju Bandara  Seblit. Sesampainya di Bandara beliau menyewa Bus untuk masuk ke Bosnia, maka Allah pun memudahkan jalan masuk baginya sampai bumi yang diidam-idamkannya selama ini untuk dimasuki, dan itu bertepatan dengan ketentuan yang Allah tetapkan pada ajalnya pula ( “ Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati  “. QS. Luqman : 34). Merupakan kebahagiaan tersendiri bagi beliau ketika masuk ke Bosnia, hampir-hampir beliau tidak dapat menceritakannya – karena sangat gembira –, apakah benar beliau telah masuk bumi jihad ? apakah benar bahwa beliau akan memerangi musuh-musuh Allah Serbia ? apakah benar beliau akan dapat ribath ? dan …. Dan ….., ya ! semua itu benar.

Beliau pergi ke daerah Turofnik dan bergabung dengan para mujahidin di sana. Tempat mujahidin berada di dalam sebuah rumah yang sederhana yang terletak di sebuah desa kecil, di desa itu terdapat beberapa Masjid dan desa tersebut berdekatan dengan Serbia.

Beliau memulai kegiatannya seperti halnya hujan, yaitu beliau mengajar anak-anak surat Al Fatihah dan sholat. Beliau juga mengajar yang dewasa. Demikianlah kegiatan beliau jika sedang berada di desa, hingga penduduk desa mencintai beliau. Bahasa tidak menghalangi beliau – untuk berdakwah – cukup dengan niat yang jujur mengajar mereka dengan bahasa isyarat. Dan jika beliau berada di Front maka beliau banyak bergaul dengan orang-orang Bosnia untuk berdakwah kepada Allah dan menyampaikan risalah-Nya kepada mereka sesuai kemampuan yang beliau miliki.

Beliau melakukan  kegiatan seperti itu terus-menerus sampai akhir bulan Romadhon yang mubarok, hingga datanglah orang yang memanggil " Wahai pasukan Allah majulah ". Hingga datang amaliah di Gunung Falasyij As Syahiroh, yaitu di puncak Gunung yang amat tinggi dan strategis yang dikuasai oleh Serbia. Dan berkali-kali mereka menyerang kaum muslimin dengan menggunakan Mortar dari atas puncak Gunung. Maka para mujahidin pun mengadakan persiapan untuk menghadapi peperangan yang sangat menentukan itu.

Para mujahidin menggunakan strategi memasuki daerah Serbia dengan mengambil jarak tiga kilo meter sebagaimana yang diceritakan oleh orang yang mengikuti peperangan pada saat itu. Dari sana mujahidin dapat memutuskan bantuan untuk tentara Serbia dan mujahidin dapat menyerbu pasukan gunung dengan keseluruhan..

Dua hari sebelum amaliah, Abu Abdullah bercerita pada salah seorang teman. Beliau berkata kepada temannya : “ Aku bermimpi bahwa aku dapat membunuh dua orang Serbia lalu meluncurlah dua peluru kepadaku di sini hingga aku terbunuh ". Maka temanya tersebut memberi kabar gembira kepadanya bahwa dia akan mendapatkan syahadah secara nyata. Dia mengucapkan Allahul Musta’an kami bukan orang yang layak mendapatkan syahadah. Dan dia menyuruhnya untuk merahasiakan mimpinya itu.

Singa-singa Allah bergerak menuju medan tempur dan merayap hingga tiba waktu fajar. Mereka mendaki Gunung hingga mendekati terbitnya fajar. Dan para mujahidin sama merasakan keletihan berjalan dan tidak dapat memulai perang. Maka komandan memerintahkan kepada semua mujahidin berbuka puasa, maka berbukalah para mujahidin karena takut atas musuh mereka jika mereka tidak berbuka.

Mulailah peperangan yang dahsyat dan hebat itu bersamaan terbitnya fajar, dan saudara kita ini pun bertekad bertempur untuk membunuh musuh di medan perang. Majulah ia bersama dua mujahidin, lalu keluarlah sekelompok tentara Serbia yang ketakutan dan mereka saling berhadap-hadapan. Maka Abu Abdullah menghadapkan senapan mesinnya – LMG – kepada mereka hingga beliau dapat membunuh dua orang dari mereka, dan meluncurlah dua serangan tepat di leher beliau dan terbuktilah mimpi beliau. Dan berjatuhanlah dua temannya yang terluka oleh serangan Serbia, dan para mujahidin lainnya berada di belakang mereka pada jarak beberapa meter saja, akan tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan orang-orang yang terluka karena tempat mereka dekat dengan Serbia, maka Serbia pun hendak mengambil mereka untuk dijadikan tawanan, lalu salah seorang teman yang terluka berdo’a kepada Allah “ Ya Allah ….. Ya Allah ….. Ya Allah ….. beberapa detik kemudian turunlah kabut yang sangat tebal hingga para mujahidin bisa mendekat kepada teman-teman tersebut dan menyelamatkan mereka. Dan Serbia pun kabur lari terbirit-birit ketakutan.

Para mujahidin mendapatkan saudara kita Abu Abdullah As Syarqi telah meninggal dalam keadaan shoum tidak berbuka, dan tampaklah di wajahnya senyumnya yang menakjubkan, sungguh ini adalah tanda-tanda – kesyahidannya -. Kemudian ketika teman-temannya membawa turun jasad beliau ke Desa dan mereka menggalikan lubang kuburnya, maka keluarlah dari tubuhnya aroma wangi Misk yang disaksikan semua orang yang menghadiri pemakamannya.

Sungguh ! Allah telah mengsihi Abu Abdullah As Syarqi, seorang hafidz (hafal) Al Qur’an, orang yang bertaqwa, waro’ dan tawadhu’. Semoga Allah memperbanyak jumlah contoh dari  para mujahidin yang sholih pada ummat Islam.

Keyman : Sekadar cita-cita sahaja.......

Selasa, 10 November 2009

Cubaan...

Assalamualaikum wbrt.....
 
Sebenarnya aku tengah pening ni, terlalu banyak cubaan yang terpaksa aku tempohi sehari dua ni....... Bila aku fikirkan balik, aku rasa ini hanyalah cabaran kecil yang terpaksa aku lalui berbanding mereka yang memperjuangkan ISLAM dengan sepenuh jiwa dan raga.

Ya Allah ! Selamatkan Perjuangan Islam

1. Kelihatan fitnah terus menyelubungi Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk memartabatkan Agama Allah swt di atas tanahair ini .

2. Musuh tanpa jemu merancang dan mengatur strategi untuk menggagalkan perjuangan suci ini dengan percubaan untuk memecah belahkan kesatuan anggota jamaah , melempar fitnah kepada pimpinan dan jamaah serta membina persepsi buruk masyarakat kepada jamaah yang perjuangkan Islam ini.
3. Selain dari tindakan pro aktif diambil oleh jamaah dan pimpinannya untuk melakukan pelbagai langkah mengatasi segala kemelut dan masaalah yang menghambat perjuangan ini ,

4. Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil satu lagi langkah wajar iaitu menganjurkan Solat Hajat & Munajat Perdana dengan tema : " Ya Allah ! Selamatkan lah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] " sebagai sebuah wadah yang memperjuangkan Islam di negara ini .

5. Solat Hajat dan Munajat Perdana ini akan diadakan pada Malam ini - 10 nov.[ selasa ] jam 8.15 di Dewan Dato' Fadzil Noor Taman Melewar . Insyaallah ianya akan diimamkan oleh Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Hj. Harun Din Timbalan Mursyidul Aam PAS .

6. Alim ulama' , pimpinan PAS di semua peringkat , aktivis dan ahli - ahli PAS serta penyokong dan seluruh ummat Islam prihatin [ muslimin dan muslimat ] dijemput hadhir untuk sama - sama kita bermunajat kepada Allah swt agar perjuangan Islam ini dipelihara dan wadah perjuangannya diperkasa .

7. Menyedari fitnah dan tekanan bertali arus yang melingkari PAS mutaakhir ini , memerlukan pertolongan dan bimbingan Allah swt agar PAS terus gah menggalas tanggungjawab perjuangan Islam di negara ini dan sekaligus memberi nur hidayahnya kepada setiap individu yang cuba untuk menggagalkan perjuangan ini .

8. Saya sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengharapkan agar seluruh ummat Islam [ muslimin dan muslimat ] dapat hadhir bersama pada malam ini untuk kita bermunajat kepada Allah swt . Semoga Allah swt merestui perjuangan kita dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi kepada pimpinan , aktivis , anggota dan penyokong jamaah ini untuk terus berjuang menyahut segala cabaran dan menyerap segala tekanan samaada yang datang dari luar atau dalam .

Sekian

Sabtu, 7 November 2009

Masa untuk bekerja!!!

Assalamualaikum wbrt.....

Nampaknya Seminar Khas PAS telahpun berakhir. Aku tak pasti samada seminar ini telah mencapai ataupun tidak objektif yang telah digariskan. Apa yang penting, resolusi yang diputuskan perlulah diteliti dan diperhalusi oleh mereka yang berkenaan. Jangan hanya habis di sini tanpa sebarang tindakan susulan.

Namun begitu, perlu juga diingatkan...... PAS jangan hanya banyak menghabiskan masa untuk membincangkan masalah ini tanpa memperbanyakkan aktiviti2 memperkasakan PAS. Aktiviti menarik ahli baru perlu dirancakkan lagi. Begitu juga dengan aktiviti2 kemasyarakatan di setiap UPU dan DUN. Tidak lupa, sekali lagi aku tegaskan bahawa PROGRAM PENTABIYYAHAN AHLI haruslah disusun dan dimantapkan lagi...... Apa guna PAS memiliki ahli yang ramai sekiranya ahli tidak memahami prinsip perjuangan dan konsep berjamaah. Ahli sebegini sangat ramai di dalam PAS....

Hari ini, para blogger UMNO tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan bahan untuk ditulis di blog2 mereka. Mereka hanya perlu melayari blog2 pro PAS sahaja untuk mendapatkannya.... Dengan kata lain, blogger pro PAS dah jadi pembekal bahan berita kepada blogger UMNO.... Cukup sekadar copy, paste dan comment. Malahan ada juga blogger2  pro PAS yang menghina dan mencerca pimpinan dengan menggunakan bahasa yang kesat sekali. Cth : rujukan ... Jelas ini bukan adab berjamaah yang sebenar. Lebih pelik lagi blogger ini menjadi rujukan bagi blogger lain lagi..... Full stop.

Akhir sekali, aku mohon maaf kalau tersilap tulis..... Hanya sekadar renungan sahaja.

Selasa, 3 November 2009

Suka atau tidak?

Assalamualaikum wbrt.....

Tak suke, tak suke, tak suke..........

Memang aku cukup tidak berkenan dengan sikap blogger2 PAS yang menghentam pimpinan dengan menggunakan bahasa yang kasar dan kurang sesuai. Kritiklah sekiranya ada pimpinan yang melakukan kesalahan, tapi gunalah bahasa yang beradab sesuai dengan akhlak jamaah Islam.....

Apa yang aku dok perhatikan ialah ahli2 PAS amat kurang ditarbiyyah....Ahli yang tiada kefahaman tentang jamaah akhirnya akan hanyut.... Kepada pimpinan sekalian, ayuh perkasakan Program Pertarbiyyahan Ahli jangan hanya bersengketa sesama sendiri.

Perlu diingat..... UMNO terus menyusun pelbagai program khususnya melibatkan belia-belia dan remaja bermula dari bangku sekolah, lepasan sekolah sehinggalah ke pusat2 pengajian tinggi. Pimpinan kita buat apa? Masih bertelagah, dan terus bertelagah dan pemenangnya ialah UMNO....

Isnin, 2 November 2009

Abu Sayyaf dalam Kenangan

Assalamualaikum wbrt....

Bila melihat keadaan dalam jemaah hari ini, teringat pula masa kat kampus dulu....Hari ini dikatakan adanya golongan Endorgan, dulu masa kat kampus kami ada golongan yang digelarkan Abu Sayyaf. Kumpulan ini muncul disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan yang melanggar keputusan muktamar. Kesannya amat besar pada jamaah pada waktu itu.....


Ini bukan Abu Sayyaf....

Banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan pada waktu itu. Moral dan motivasi pimpinan jelas merudum dan begitu juga pada ahli jamaah. Lantaran itu, jamaah pada waktu itu dikatakan terbahagi kepada 3 golongan, iaitu :
1. Golongan yang menyokong pimpinan
2. Golongan yang menentang (Abu Sayyaf)
3. Golongan berkecuali

Jelas, kesan perpecahan ini akan melemahkan jamaah, tidak kira jamaah kampus mahupun jamaah PAS...Jadi marilah kita bermuhasabah diri, apakah tujuan kita meletakkan diri kita dalam jamaah Islam.

TEGUHKAN JEMAAH, TERUSKAN JIHAD

Tauliah?

Assalamualaikum wbrt...

Hari ini kita dikejutkan dengan penangkapan Dr. Asri Zainul Abidin di sebuah banglo di Taman Ukay. Beliau dikatakan telah berceramah tanpa mempunyai tauliah.

Aku sering menyatakan ketidakpuasan hati bila memperkatakan soal tauliah apabila berbicara dengan rakan-rakan. Sebagai contoh, masjid tempat aku tinggal hanya ada 2 kali kuliah dalam sebulan. Itupun hanya kuliah fardhu ain. Tempat aku ni bukannya tiada Ustaz.... Ustaz sekolah lulusan Universiti Azhar ada, U tempatanpun ada..... Tapi tak boleh mengajar kerana tiada tauliah. Bagi aku yang dah bekerja, masjidlah tempat aku menambah ilmu agama....selain dari pembacaan. Tapi dek kerana tauliah, ilmu ISLAM menjadi terbatas..... Walau setinggi  mana sekalipun belajar agama, kalau tiada tauliah seseorang itu tidak boleh mengajar. Itulah yang membezakan para pendakwah Islam dengan pendakwah agama lain.

Mungkin inilah nasib seorang pendakwah di negara ISLAM 1Malaysia....

Khamis, 29 Oktober 2009

Brehim Ali dapat kawan baru

Hari ini, terjawab sudah teka-teki yang telah sekian lama berlegar di ruang siber. ADUN Pelabuhan Klang telah mengistiharkan diri keluar dari PKR...... Nampaknya Raja Katak telah mendapat ahli baru. Tahniah......

Sabtu, 24 Oktober 2009

Manakah Pilihan Anda?

Assalamualauikum wbrt....

Antara UMNO dan PAS, DAP dan MCA, MIC dan PKR manakah pilihan anda?

Semuanya adalah parti politik di Malaysia..... Semuanya menyertai Pilihanraya. Untuk apa Pilihanraya? Pastinya untuk mndapat kuasa. Untuk apa kuasa? Kuasa membolehkan ianya dihormati, disanjung, mendapat kekayaan dsb. Adakah semua parti begitu? Mungkin...........................

PAS, UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC sama ke?

Hampir sama..............................

Isnin, 12 Oktober 2009

Gambar lama......

Ini gambar lama yang aku jumpa..............












Ini gambar masa program kat Taman Rimba Komenwell ...... Kat mana tu?

Ayuh....

Assalamualaikum wbrt......


Kepada semua pejuang kebenaran Islam
Teruskan perjuangan kalian
Kekalahan semalam bukan suatu tragedi
Malahan ianya suatu ujian......


Kekalahan adalah biasa bagi kita
Apa yang penting jadikanlah ianya suatu pengajaran 
Kekalahan ini hanya bersifat sementara
Jangan kecewa jangan kecewa


Ayuh pejuang sekalian
Kita mulakan langkahan baru
Dengan matlamat yang sama
Memastikan Islam berdaulat di bumi tercinta ini

Ahad, 27 September 2009

Terkenang semasa dulu....

 Assalamualaikum....

Dulu...
Masa aku Tingkatan 5, asrama sekolah baru dibuka. Jadi, akulah generasi pertama yang memasuki asrama dan aku adalah antara senior di asrama. Sebagai senior, aku dan beberapa kawan dikategorikan antara beberapa orang pelajar ang nakal. 


Warden pertama di asrama tersebut ialah Cikgu Karim (Apa khabar cikgu sekarang?). Boleh dikatakan hampir setiap minggu apabila di adakan perhimpunan malam, nama aku dan beberapa rakan (nama dirahsiakan) akan disebut bersama dengan kesalahannya. Maka, malam itu dapatlah kami beberapa das.... Gambaranya ini menunjukkan aku ini antara pelajar yang nakal di asrama tapi bukan di sekolah. Di sekolah perwatakan amat berbeza.


Okeylah, aku tidak mahu cerita kat sini apakah jenis kesalahan yang telah aku lakukan, cuma cukuplah kalau aku katakan ianya adalah kategori kesalahan kecil aje.... Apa yang ingin aku ceritakan di sini ialah tentang seorang sahabat aku yang cukup baik pada waktu itu. Dia sering memarahi aku dan kawan-kawan yang lain apabila kami melanggar peraturan asrama. Dia juga sering menasihati kami dalam banyak perkara khususnya dalam perkara berkaitan agama.


Masa berlalu, selepas SPM kami mula berpisaah. Ada kawan aku yang bekerja, ada yang ke mmatrikulasi, ada yang sambung ke Tingkatan 6 dan ada juga yang ambil SPM sekali lagi.... Kawan aku yang baik ini telah menyambung ke Tingkatan 6. Semasa di Tingkatan 6, dia telah terlibat dengan pasukan drama sekolah dan telah mendapat Johan Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan. Kalau tak silap aku, drama tu berkaitan dengan Puteri Hang Li Po..... Masa tu aku dok Matrikulasi.

Aku dikhabarkan bahawa kawan itu telah sambung belajar di Akademi Seni Kebangsaan. Bidang apa aku tak tahu. Dengan tidak disangka-sangka, aku telah berjumpa dengan kawan tersebut di U tempat aku belajar. Masa tu aku dah final year dan dia pula baru masuk semester 1 degree. Kali ini aku cukup terkejut dengan penampilannya!!!!!!!!!!!!!!!!! Mungkin inilah yang telah dia dapat setelah belajar di Akademi Seni Kebangsaan. Aku serba salah untuk bersalam dengannya.......kenapa?  Kerana aku tak pasti dia lelaki atau perempuan. Kalau aku ceritakan inilah orang yang sering menasihati aku dulu pasti tiada yang percaya. Kawan aku kini telah menjadi NYAH.......

Kisah ini belum habis lagi nanti aku ceritaka lain kali.

Jumaat, 25 September 2009

Bangunlah Sahabatku....

ASSALAMUALAIKUM ....... 

Buat sahabat2 perjuangan........

SMK Seri Intan, Machang (1988-1992)....
Jaki, Mesu, Jeman, Masri, Duan, Yuti, Medi, Edan, Raja Jeme dsb........


Kat U....
EZ, , Cikgu Din, Cikgu Azhar, Peja, Mat Roy, Sidin, Pok Sdara, Aliuddin, Cik Li, Ton, Jalal, Alex, Keli, Jali, Yoya, Ishe, dsb........

Harap kalian masih istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam di tanahair tercinta ini. Di mana sahaja kalian berada kita tetap sujud pada Allah Yang Esa......

Ayuh kita sama-sama bangkit berjuang untuk memenangkan Islam dengan keringat dan kudrat ini. 

Selasa, 22 September 2009

Akan Muncul Di Pasaran

Aku belum bersedia untuk menulis lagi
Akan menyusul kemudian nanti........