Isnin, 21 Mac 2011

Bakal Meroyan.......

Kita sama-sama tunggu laporan akhbar2 milik BN esok hari berkaitan "Video Hangat" yang sensasi hari ini..........

Ahad, 20 Mac 2011

Musim Media UMNO Meroyan....

Nampaknya esok akan diumumkan pembubaran DUN Sarawak. Semalam PM dan TPM telah turun untuk menabur pelbagai projek untuk rakyat Sarawak. Berbahagialah sekalian rakyat di sana.

Maka dengan demikian juga akan bertambah-tambah "kegilaan" media arus perdana milik UMNO dan BN. RTM, TV3, TV7, TV9, Astro Awani, Bernama TV, Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan sebilangan besar lagi akhbar akan menjadi gila tahap meroyan. Segala kemegahan dan kejayaan kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Taib Mahmud akan ditafsir dari pelbagai sudut dan didedahkan kepada sekalian rakyat. Segalanya akan menampakkan begitu hebat BN memerintah tanpa sebarang kekurangan."Kegilaan" sebenar media milik BN ialah dengan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam PR. Pimpinan akan PR khususnya calon2 yang bertanding akan dibogel "bulat-bulat".....

Apakah modal utama yang akan dimainkan oleh media ini? Pastilah isu pembangunan....Itulah betapa bongoknya pemimpin BN dan dibongokkan lagi oleh media yang melaporkannya. PM ada mengatakan bahawa PR hanya pandai berjanji....tidak sebagaimana BN yang memerintah. Woi...BN yang memrintah takkan PR yang buat pembangunan. Bagilah dulu PR perintah, baru boleh buat apa yang dijanjikan.

Kesimpulannya : Media di Malaysia masih ketinggalan zaman.....

Jumaat, 18 Mac 2011

Edaran Segera! Jawapan Balas "Judi Jejas Undi" - Dato' Anuar Tan

KENYATAAN AKHBAR YB DATO HJ ANUAR TAN BIN ABDULLAH SEBAGAI JAWAPAN TERHADAP AKHBAR SINAR HARIAN 17 /3/2011 ‘JUDI JEJAS UNDI’

Sebagai pimpinan dalam PAS yang berjuang berteraskan Islam, kita tidak mengambil kira soal undi sebagai pertimbangan dalam hal perjudian, sebaliknya ketakwaan kepada Allah SWT wajib diutamakan. Menang kalah dalam satu pertandingan hanya merupakan perkara duniawi tapi ketakwaan akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Encik Hu Phang Chaw adalah pandangan yang memberi gambaran kepada masyarakat lain bahawa masyarakat Cina hanya akan memberi undi kepada PAS sekiranya mereka diberi peluang atau hak untuk berjudi adalah amat mengelirukan.

Kenyataan ini jelas akan memalukan masyarakat Cina seolah-olah orang Cina terlibat dengan aktiviti perjudian. Ini tidak benar, hanya sebahagian kecil orang Cina dan bangsa-bangsa lain di dunia ini terlibat dengan aktiviti perjudian.

Dalam konteks masyarakat Cina Kelantan, saya berani katakan bahawa majoriti orang Cina tidak berjudi kerana dasar kerajaan PAS untuk mengharamkan dan tidak mengeluarkan lesen premis untuk berjudi telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lepas kerana masyarakat Cina di Kelantan mempunyai moral dan pendidikan yang tinggi.

Saya sendiri dan sebahagian besar masyarakat Cina mendapat pendidikan di sekolah Cina, dididik oleh guru-guru orang Cina supaya jangan terlibat dengan gejala judi. Dan saya yakin tiada satu guru di dunia ini yang mengajar murid mereka berjudi. Sudah menjadi amalan dan budaya institusi keluarga orang Cina terutama ibubapa mereka daripada awal lagi mendidik anak mereka untuk menjauhi daripada judi.

Yang terpenting, semua agama termasuk agama dan kepercayaan yang dianuti oleh orang Cina semuanya mengharamkan judi kerana judi satu masalah sosial, satu fenomena tanpa mengira agama, kebudayaan, adab resam, falsafah, bangsa dan negara yang perlu dibenteras oleh umat manusia.

Sebagai kerajaan negeri, tanggungjawab kita bukan hanya untuk mentadbir negeri, berkhidmat kepada rakyat dan ianya juga merupakan tanggungjawab kita seboleh mungkin untuk mendidik masyarakat dengan unsur-unsur dan amalan yang murni dan luhur.

Penyokong-penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang bersama dengan perjuangan PAS sepatutnya memahami PAS merupakan satu gerakan untuk menyebarkan syariat Islam untuk membina satu masyarakat yang adil, saksama kepada umat dan bukan hanya untuk meraih undi tanpa mengambil kira hukum halal dan haram.

Isu tiket loteri ini perlu difahami dengan lebih teliti. Tiket loteri yang diperkenalkan dalam tahun 50-an sudah diswastakan dan hari ini namanya adalah ‘ Big Sweep’ seperti TOTO, Magnum 4 Digit dan sebagainya merupakan judi yang membayar cukai dan lesen kepada Kerajaan Persekutuan seperti jenis perjudian yang lain.

Apa yang masyarakat Cina nilaikan terhadap kerajaan negeri, yang penting adalah ‘good governence’ iaitu kerajaan yang adil dalam semua aspek kepada masyarakat berbilang kaum.

DHPP perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan melalui kerajaan tempatan supaya tidak meluluskan lesen premis perjudian. Inilah perbezaan di antara kerajaan PAS dan Barisan Nasional (BN) yang perlu kita jelaskan kepada masyarakat untuk menjadi pilihan mereka.

Sekiranya dasar kerajaan negeri dikatakan bercanggah dengan dasar perjudian Kerajaan Persekutuan yang membenarkan perjudian dan dasar kerajaan Persekutuan boleh memaksa kerajaan negeri untuk membuka ‘flood gate’ dan membenarkan pelbagai aktiviti perjudian di Kelantan, maka serahlah kepada pemimpin Kerajaan Persekutuan untuk menjawab di akhirat kelak kerana pimpinan kerajaan negeri telah melakukan segala yang boleh dan termampu dalam hal perjudian ini.
Sekian, terima kasih.

Dato’ Hj Anuar Tan bin Abdullah
Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan & Perpaduan Masyarakat
merangkap ADUN Kota Lama

Pejabat MMK
Kota Darulnaim, Kota Bharu

12 Rabiulakhir 1432H
17 Mac 2011

Rakyat Kelantan Tolak Judi Sama Tolak Umno!

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. -HD


Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen

KOTA BHARU, 17 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.

Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.

Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Sekian. Terima kasih.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kota Darulnaim, Kota Bharu.

12 Rabiulakhir 1432
17 Mac 2011

Selasa, 15 Mac 2011

Loteri bikinan UMNO

Nampaknya sekali lagi persefahaman PR teruji. Kali ini loteri (judi) pula yang diisukan. Pada awalnya MCA dan UMNO yang menimbulkannya sebelum disambung pula oleh DAP dan PKR. Jelas, PR terperangkap dengan bom yang dilontarkan oleh BN. 

Apakah strategi BN kali ini akan berjaya?

Apakah persefahaman dalam PR akan goyah? Apakah keputusan PR dalam isu ini? Pastinya akan menjadi gambaran sebenar keadaan JUDI sekiranya PR memerintah bumi Malaysia nanti.

BN yang dinasihati oleh APKO pasti akan menjalankan pelbagai bentuk serangan saraf ke atas PR.......Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Ingat BN ingat JUDI

Isnin, 14 Mac 2011

Inilah Perjuangan Kita

Assalamualaikum........Salam Perjuangan

Nampaknya terlalu lama ambo tak menulis sebarang coretan pada blog ini...Kesian, blog ini dalam kesepian tanpa dicoret dan ditatapi......Selepas 4 siri pilihanraya kecil berlalu (Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau), baru kini ambo rasa berminat untuk kembali berblog.

Sebenarnya perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini wajib dilaksakan dalam apa jua keadaan. Allah berikan kita akal yang cerdas, maka kita perlu menggunakannya untuk merancang dan mengatur strategi. Allah berikan kudrat dan tubuh badan yang sihat, maka kita perlu gunakan segala kekuatan dan kudrat ini untuk menjalankan gerak kerja bagi memenangkan Islam. Sekiranya kita kurang upaya maka kita juga perlu melakukannya dalam kadar kemampuan kita. Pendek kata, apa jua keadaan kita, wajib kita laksanakan gerak kerja ke arah kemenangan Islam dan mejuatuhkan Taghut di bumi Malaysia ini.

Lantaran itu, rasa kerugian kiranya kita ada medanya tapi kita hanya sekadar jadi pemerhati..........Atas kesedaran itu, ambo merasakan wajib buat ambo kembali memeriahkan alam maya ini.......Sekadar yang ambo mampu saja.......