Ahad, 30 Mei 2010

Pakatan Rakyat Wajib Ganti BN

Assalamualaikum wbrt.....

Lebih 50 tahun UMNO telah memerintah tanahairku Malaysia yang tercinta ini. Dalam tempoh tersebut, 6 orang Perdana Menteri dari UMNO telah dilantik dan PM terkini dari UMNO adalah DS Najib Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan atas jasa dan usaha beliau untuk mendapatkan kemerdekaan dari British. PM kedua, Tun Hussien Onn pula digelar sebagai Bapa Perpaduan, PM ketiga Tun Abdul Razak digelar Bapa Pembangunan. Tun Mahathir pula digelar Bapa Pemodenan....Pak Lah aku tak tahu bapa apa? Kalau Najib bapa apakah yang sesuai, cuba teka?

Setelah lebih 50 tahun mentadbir negara, BN dan UMNO ternyata telah berjaya mengayakan kroni masing2. BN juga berjaya menyempitkan fikiran rakyat dengan menyatakan bahawa hanya BN yang boleh memerintah negara....Kalau beri kepada pembangkang hancurlah negara. Status quo itu diulang dan terus diulang bagi membodohkan rakyat. BN mengharapkan rakyat terus menjadi bodoh agar sedang dicucuk hidung mereka.

Letusan media baru dengan kewujudan website, portal, blog, facebook dan sebagainya sedikit demi sedikit membuka pemikiran rakyat yang ditanam dan disuburkan oleh media BN seperti TV dan akhbar2. Hari ini segala kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin dan Kerajaan BN akan dapat diketahui dan dinilai oleh rakyat dalam masa yang singkat. Mungkin inilah perkara yang ditakuti oleh BN......

Saban hari, rakyat dapat saksikan kepincangan demi kepincangan yang dialami oleh kerajaan termasuklah juga masalah2 yang dialami oleh parti komponen utama BN seperti UMNO, MIC dan MCA.....Keadaan ini sedikit sebanyak menghilangkan keyakinan rakyat kepada BN. Dalam tempoh sebulan dua ini kita didedahkan dengan beberapa masalah dalam kerajaan antaranya ialah :
          i) Kerugian yang dialami oleh POS Malaysia yang dianggarkan bernilai hampir RM 300 juta.
         ii) Kerugian Sime Darby bernilai 
        iii) Pemberian dua blok telaga minyak di Sarawak kepada Brunai yang diaggarkan benilai RM 320 bilon
        iv) Penukaran tanah milik TNB di Singapura yang diaggap merugikan Malaysia

Pada masa yang sama juga rakyat didedahkan dengan bebanan subsidi yang ditanggung oleh negara berjumlah RM 70 billion dan hutang negara berjumlah lebih RM 360 billion. Bagi mengatasi bebanan ini kerajaan bercadang mengpuskan subsidi ke atas petrol, bahan makan seperti tepung dan gula....pada masa yanh sama juga takrif elektrik juga akan dinaikkan.....syabas kepada kerajaan BN kerana "memahami hasrat rakyat". 

Kepada Pakatan Rakyat......inilah masa yang tepat untuk menyatakan dan memahamkan rakyat kenapa BN perlu dinyahkan dari terus memimpin kerajaan. Kita tidak mahu negara kita jadi seperti Greece.Apa yang kerajaan yang bangkrap akan menyebabkan pelbagai masalah seperti rompak, kecurian dan pelbagai jenayah. Lantaran itu, setiap unit dalam Pakatan Rakyat harus bergerak dalam satu barisan yang lebih tersusun dan mantap. Jadikan PR sebagai pilihan rakyat pada PRU-13 nanti....

Kepada sekalian rakyat Malaysia............anda wajib menjatuhkan kerajaan yang zalim, rasuah dan tidak beramanah. Pada masa yang sama kerajaan yang adil, amanah dan telus harus dipilih dan diangkat....Berikanlah ruang dan peluang untuk kerajaan yang baru mengurus khazanah negara dab rakyat dengan ketelusan dan keadilan....Sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengurus dengan berkesan maka rakyat berhak memilih kerajaan yang lebih baik pada PRU-14 pula....itupun susah ke?


                                                                          

Sabtu, 8 Mei 2010

Mana suara Tok Petti?

Dalam sibuk2 blog Pro Pakatan Rakyat dan ramai rakyat marahakan kerajaan kerana bercadang mengeluarkan lesen judi sempena kejohanan bolasepak piala dunia, aku tak nampak pula komen ataupun pandangan daripada mufti2 1Malaysia...... Amat malang bagi Malaysia yang mempunyai mufti yang amat ramai.....tapi amat payah mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan dasar kerajaan meskipun dalam perkara yang jelas mungkar...... Inilah nasib Ulama cari makan.

Malaysia juga adalah negara yang paling banyak Jabatan Agama Islamnya.....Tapi hanya mampu jaga masjid sehinggakan masjid penuh dengan "kuliah dan jamaah" setiap hari.....Ustaz2 cukup mudah dapat tauliah untuk mengajar agama di masjid2 di Malaysia sehinggakan rakyat amat paham soal2 agama....

UMNO MAMPOS, ISLAM SELAMAT

Kelantan Selamat....

Baru2 ni kita dikhabarkan oleh bekas bakal menteri besar Kelantan dari parti APNO.....Kerajaan mungkin mengeluarkan lesen judi bolasepak sempena piala dunia nanti. Katanya kerajaan APNO berbuat demikian adalah untuk mengelakkan judi atau pertaruhan haram.....

Betapa bongoknya idea seorang Timbalan Menteri Kewangan ini......Macam juga bongoknya orang yang melantik belaiau. Apapun aku ucapkan tahniah kepada rakyak Kelantan khususnya pengundi2 Bachok kerana menolak APNO dan Awe Adik dalam PRU-12 yang lalu....Kalaulah APNO dan Awe Adik menang, sudah tentu Kelantan akan berMB si bongok ini....Itulah contoh orang melayu yang berotak YAHUDI....Islam hanyalah sebagai aksesori sahaja bukannya untuk diamalkan.