Sabtu, 30 Januari 2010

Pengumuman

Kalau sebelum ini, ada blogger mengishtiharkan untuk berhenti berblog kerana tidak puasa hati dengan keputusan JK Disiplin PAS.

Maka, hari juga aku ingin mengistiharkan bahawa aku akan mempergiatkan lagi menulis di blog ini. Namun begitu aku tidak merancang sebarang projek sepertimana Aduka Taruna dengan PAS Reform dan Projek Laggar Hadi.

Cukup bagi aku melaksanakannya secara kecil-kecilan sesuai dengan aku yang hanya seorang Pejuang Kecil.

Apa Beza UMNO dengan PAS?

Aku telah membaca beberapa artikel yang ditulis oleh pimpinan PAS berkenaan perbezaan di antara PAS dengan UMNO. Kalau kat U dulu, semasa ijtima' ada satu slot 'Penjelasan Fikrah' yang menerangkan sejarah PAS dan perbezaan di antara PAS dengan UMNO.

Kini, bagi aku yang nyata berbeza di antara UMNO dengan PAS ialah orang UMNO suka pakai songkok dan orang PAS pula suka pakai kopiah putih.....(Ada juga orang PAS suka pakai songkok macam kat selangor tu)

Pejuanganku Semakin Kabur?

Sejak akhir2 ini aku rasa rugi pulak jadi ahli PAS. Perasaan sama aku telah diluahkan oleh beberapa orang sahabat yang menjadi ahli PAS tanpa cawangan (menjadi ahli semasa di U). Apa yang aku rasa mungkin disebabkan apa yang aku lihat dan perhatikan apa yang berlaku pada PAS khususnya pada Pimpinan kini yang penuh kepincangan dan kontroversi.

PAS yang membawa perjuangan Islam semakin gagal untuk menunjukkan roh keislamanya. Sesama pimpinan pun tiada persefahaman.... saling bercakaran sehingga terpaksa dirujuk kepada JK Disiplin. Ternyata pentarbiyyahan ahli semakin kurang ditekankan oleh Pimpinan PAS. Untuk menjadi Pimpinan PAS tidak lagi perlu melalui marhalah2 tertentu. Hantar je borang, terus boleh jadi AJK, YDP malah mungkin juga P/jaya Negeri, kalau seseorang itu sudah dikenali ramai. Akhirnya orang yang tidak pernah melalui proses inilah yang akan memusnahkan PAS.
 
Berbalik kepada JK Disiplin PAS yang telah menjatuhkan hukuman terhadap YB Khalid dan Dr. Hassan Ali pada jumaat lepas. Ternyata keputusan tersebut adalah menunjukkan wajah sebenar siapakah JK Disiplin tersebut. Sebelum ini aku menganggap Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah individu yang berkecuali dalam isu UG, tetapi rupanya aku silap. Latar belakang kes sudah jelas.... tapi keputusan yang jelas berbeza dan jauh dari penilaian majoriti ahli. Apa yang pasti AHLI PAS telah DIPEBODOHKAN oleh JK Disiplin PAS. Untuk makluman JK Disiplin PAS (kalau mereka terbaca) nombor keahlian PAS aku ialah 452557. Cawangan mana? Aku tak becawangan sebab aku ahli Daftar Terus. Sila ambil tindakan terhadap saya sebab mengkritik dan tidak wala' pada pimpinan.

Jumaat, 29 Januari 2010

JK Disiplin PAS telah diUMNOkan kah?

Keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin PAS siang tadi telah menimbulkan satu lagi krisis keyakinan ahli PAS terhadap Pimpinan PAS. Rata-rata blog Pro PR yang mengulas keputusan tersebut melahirkan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati mereka. Bahkan ramai juga menganggap keputusan tersebut berat sebelah dan zalim.

Melalui blog penarik beca ana copy beberapa komen dari pengunjungnya.

1. Anonymous said...
Pegi mampuslah dengan PAS. Malas dah aku nak sokong. Lagi teruk dari UMNO. Sekarang aku istiharkan diri aku ahli DAP... lagi bagus daripada sokong melayu yang rosakkan melayu.

BODOH...
 
2. noel said... 
Aku sudah tak tahan tengok "wayang" politik Malaysia.
Aku sangka PAS sebagai "hero" tapi rupanya "hampeh". Aku minta maaf cakap la, sekarang aku boleh buat kesimpulan kenapa sebelom nie PAS asyik kalah jer sbb PAS BODOH tahap gaban.(Kelantan dibawah TGNA terkecuali dari statement tu)

PAS tak boleh nampak harapan rakyat! Mcm mana rakyat nak bagi undi pada PAS. Baru menang sikit dah BERLAGAK.
Ingat org yg sokong PAS dalam PRU lepas tu memang penyokong tegar PAS kot??!!
Woit pemimpin PAS yg bodoh sombong dan belagak sombong, kami undi calon PAS sbb takder calon PKR atau DAP kat situ!! Kami tak mau undi BN, jadi PAS pun boleh lah. Tapi hampa ingat hampa "hero"!!. Porah. Hampa KHIANATI undi kami!!

Kesian kat TGNA dan pemimpin PAS lain yg berjiwa rakyat. Diaorg kena tempias dek kerana ada dua tiga ekoq pemimpin PAS yg tak ubah berperangai UMNO.
President pun tak boleh diharap.

Aku ingat kalau Hadi jd PM. Lagie teruk dari Pak Lah.

Apalah nasib.

3. Monkey Code said...
Ha ha ha...itu le hakikat orang Melayu....semuanya mengaku islam dan beriman, tapi bila di uji....(sekali lagi HA HA HA)...'habok pun tak rak'....dari Sultan, PM, AG, IGP, Hakim, Mufti, Ulama, VC, Professor, UMNO, PAS, PKR.... Name it apa saja, CONFIRM...memang semuanya baka bangsa "HIPPOCRATES".

Nama berbin kan islam, pakaian berserban macam islam, mengaji dan menghafal al'quran macam islam, sembahyang macam islam, puasa macam islam. haji umrah macam islam, bezikir macam islam, berceramah dan berdawah bercakap pasal islam, sambut raya melebihi islam....TAPI BERTIDAK MACAM "MUNAFIQIN" YANG BENCI KAN ISLAM....APA BEZA NYA PAS DENGAN UMNO?

Dah tak kuasa lagi aku nak layan kaum pengecut ni .............PUT STOP

1. http://edyesdotcom.blogspot.com
Di sini juga aku paparkan petikan dari beberapa blog yang kecewa dengan Lembaga Disiplin PAS.....

Sebagai tanda PROTES terhadap keputusan jawatankuasa displin PAS yang diumumkan sebentar tadi, saya edyes, webmaster edyesdotcom akan berhenti berblog! 
 
2. http://realaduka.blogspot.com
Kalau macam ini keputusan nampaknya pas tak mahu berubah, nampak takut dan serba salah nk hukum hassan ali, pas boleh jalanlah lepas ni.

3. http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
FSS: Kelihatannya 1. Parti lebih besar dari Kerajaan. 2. PAS ada maklumat sulit. 3. Pemimpin PAS tak boleh dikritik. 4. Mengkritik pemimpin adalah salah menurut fasal 75 Perlembagaan PAS.

Adil lah tu!!!??? Adil menurut JK Disiplin PAS.
Yang syoknya, boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini, pulak!!!!!


4. http://baganutama.blogspot.com/
 Khalid Samad tidak bersalah tapi digambarkan sebagai pesalah di mata rakyat. Hasan Ali bersalah tetapi digambarkan sebagai Hero di mata rakyat. Eh boleh blah la Tuan Ibrahim.

5. http://jantantuya.blogspot.com/
Apabila Khalid Samad dapat Kad Merah, temanpun teghase macam teman yang dapat kad merah. Jikalau berlaku PRU DUN Perak dalam tempoh enam bulan ini, awei2 teman umumkan yang teman tak akan mengundi. PAS akan hilang satu undi di DUN Manong. Alaa.. teman tak ngundipun, bukannye luak undi PAS. Satu undi jer. Aper nak kisah ...

Sebenarnya banyak lagi blog yang mengkritik keputusan JK Disiplin PAS. Untuk makluman dalam akan tengok2 sepintas lalu ni, ana belum jumpa lagi blog yang memuji keputusan JK Disiplin PAS hari ini.

Kesimpulan :
1. Dr. Hassan Ali amat berharga bagi pihak tetentu dalam PAS.
2. Kerahsiaan jamaah boleh didedahkan kepada sesiapa sahaja, tak salah.
3. PAS boleh menang walaupun ramai tidak menyokong PAS.
4. Siasatan JK Disiplin PAS terlalu lama, keputusan dah boleh diagak.... Macam kes mahkmah DS Nizar kot.
5. Semakin tinggi jawatan dalam PAS, maka ia semakin kebal.
6. Ahli PAS semakin keliru.....dan terus keliru......
7. JK Disiplin PAS = Lembaga Disiplin UMNO
8. PAS menghampiri tanda2 kehancuran menjelang PRU-13
9. PAS bukan lagi menjadi pilihan para blogger.
10. Lu Pikirkah Sendiri.........................................................

Keyman 
11.32 Malam
Pengerang, JOHOR.

Ahad, 17 Januari 2010

Bila Mau Habih daaaa...

Sehari dua ni timbul pulak isu baru kat Kelantan. Ternyata kehangatan tahun 2009 terus membakar untuk tahun 2010 ini. Isu Bazar, cah keting dan kerahsiaan terus menerus memeningkan rakyat Kelantan yang berfikrah PAS. UMNO memang teramat suka dengan apa yang berlaku sehari dua ini.

Buat pimpinan PAS Kelantan yang dikasihi sekalian, kembalikah kepada fikrah perjuangan uang sebenar. Perjuangan kita adalah untuk memartabatkan Islam di muka bumi Kelantan dan Malaysia tercinta ini. Sesungguhnya pangkat dan kekuasaan yang kalian miliki bukanlah modal untuk kalian mengaut keuntungan peribadi. Budaya cah keting bukan budaya kita tetapi budaya UMNO sejak berzaman. Apakah PAS dan UMNO dah memiliki budaya yang sama?

Ana menyayangi perjuangan ini melebihi ana menyayangi kalian.......... Ana tetap yakin, perjuangan PAS akan tetap terus hidup meskipun kalian tidak bersama PAS.

Sabtu, 2 Januari 2010

2010 : Adakah Ada Sinar Untuk Pakatan Rakyat?

Nampaknya tirai 2009 telah ditutup dengan rasminya semalam. Tirai 2010 pula telah dibuka. sepanjang tahun 2009, Pakatan Rakyat, terutamanya PAS melalui banyak masalah terutamanya melibatkan masalah kepimpinan.

Bermula dengan kejatuhan kerajaan Perak kepada UMNO : Isu ini berpanjangan hingga sekarang. Pelbagai sejarah telah tercipta, Perak mempunyai 2 MB, 2 Exco, 2 Speaker DUN, persidangan DUN di bawah pokok, belanjawan diluluskan dalam masa setengah jam dan macam2 lagi.

Awan mendung disusuli dengan kemunculan isu Unity Goverment : Ternyata isu ini telah menonjokan beberapa pimpinan yang dianggap PRO UMNO. Mereka diserang dari segenap sudut sehingga memeningkan ahli-ahli PAS sehinggakan menyebabkan PAS hampir kalah dalam Pilihanraya Kecil Manik Urai.

Belum reda  UG, timbul pula isu arak, pembinaan kuil, mengarak kepala lembu : Isu ini menggoyangkan perpaduan PR di Selangor.

Mutakhir ini, timbul pula masalah dalam kerajaan PR di Kelantan : Isu melibatkan kepimpinan PAS Kelantan yang dikatakan wujudnya 2 golongan utama. Siapakah bakal penggati Tok Guru sebagai MB pun menjadi  isu hangat sehinggakan ada yang kecewa dan terluka. Lebih hangat ialah isu perlantikan menantu Tok guru sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan sehinggakan PAS dikatakan sama seperti UMNO dengan mengamalkan Kronisme dan Nepotisme. Di akhir 2009, sekali lagi Kerajaan Kelantan dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinngi Kota Bharu mengarahkan kerajaan negeri membayar saman ganti rugi kepada sebuah syarikat pembalakan sebanyak RM 800 juta. Boleh Muflis kerajaan Kelantan.

Apa  yang dipaparkan di atas hanyalah sebahagian masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Ternyata masalah dalaman PAS mendominasikan masalah dalam Pakatan Rakyat berbanding PKR dan DAP. DAP pula ternyata dapat menangani masalah dalamannya dengan baik berbanding PAS dan PKR.


Apapun masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sepanjang 2009 telah menyerlahkan ketidakbijaksaan pepimpin PR untuk menanganinya dan scara tidak langsung keyakinan rakyat terhadap PR semakin terhakis serta susut.


Kisah 2009 telah berlalu tetapi sebahagiannya akan dibawa semula ke tahun 2010 untuk diuruskan dan diselesaikan. Semuanya terserahlah kepada pimpinan PR sekalian. Jalannya pasti ada, cuma bagaimana?


Tahun 2010 pasti menjanjikan satu lagi cabaran yang getir bagi PR dalam menangani senjata dan perangkap yang akan taburkan oleh UMNO dan BN. Tersilap langkah pasti 2010 akan menjadi mimpi ngeri bagi PR.


Pesanan ana pada pimpinan PAS khususnya, sedar-sedarlah diri dari lamuman dan mimpi antum sekalian. Rakyat sedang memerhati dan menilai PAS, RPK dan DAP. AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Keyman
Pengerang, Johor
MALAYSIA