Ahad, 21 Februari 2010

Tok Pa Pembela Rakyat Kelantan

Assalamualaikum wbrt...

Hari ini diberitakan bahawa Kerajaan 1 Malaysia telah menyiarkan iklan di semua akhbar utama untuk memberitahu rakyat mengapa Kelantan tidak layak menuntut royalti dari Petronas. Tok Dalang dalam menafikan hak Kelantan ini ialah orang Kelantan sendiri, seorang ADUN dan Ahli Parlimen Kelantan sendiri yang bernaung di bawah sebuah parti yang memperjuangkan orang melayu. Orang itu ialah Tok Pa the "Pengkhianat Rakyat Kelantan"....... Setakat ini aku belum baca lagi iklan tersebut, tapi macam dah boleh agak apakah fakta dan isinya... [rujuk mso] 

Tok Pa ni sebenarnya tak berapa pandai nak mengira gamaknya..... 20 juta dengan 1 BILLON tu mana banyak? Kalau 20 juta tu dapat pada JPP, berapa agaknya yang akan dapat pada rakyat?  

Kalau dilihat apa yang telah diperjuangkan oleh Tok Pa, maka terbuktilah perangai buruk pedalnya. Tok Pa adalah Pengkhianat yang harus ditolak oleh semua rakyat Kelantan. Kepada warga Jeli, orang macam Stopa ini ke yang kalian mahu? Ayuh!!!! Pastikan ini adalah penggal terakhir orang ini diangkat sebagai Tok Wakil di Jeli.

Teringat pula pantun yang telah dipopularkan oleh arwah Ustaz Bunyamin suatu masa dulu.... 

Anuar Musa, Berahim Ali
Sorang buta, sorang tuli

Yang ini pula versi baru.....
Tok Pa, Awe Adik
Sorang supang, sorang tak berapa cerdik


Terkenang Semasa Dulu...

Assalamualaikum wbrt....


 
Pejuang Kecil suatu ketika dahulu......

Jumaat, 19 Februari 2010

Generasi Pewaris Perjuangan

Assalamualaikum wbrt.... 


 
Inilah Pewaris Pejuangan Islam di Malaysia
Itu dulu.....
Sekarang......aku tak tahu apa yang berlaku....Harapnya antum semua masih istiqamah dengan perjuagan ini....Jangan jadi macam aku, hanya pejuang kecil.....

Rapatkan Saf Jamaah

Assalamualaikum wbrt...

PRU-13 tiadaklah terlalu jauh sangat.... Lebih kurang 2 tahun lebih aje lagi. Walaubagaimanpun isu dalaman Pakatan Rakyat khususnya PAS tak nampak surut langsung. Pakatan Rakyat perlu sedar.... salah satu penyebab kekalahan  BN di beberapa negeri pada PRU-12 yang lalu adalah peranan yang dimainkan oleh para Blogger. Perlu diingat, Pakatan Rakyat akan 'terjelepok' pada PRU-13 akan datang juga disebabkan para Blogger.... Bukan Blogger BPN @ Pro BN tapi Blogger Pro Pakatan Rakyat. Kenapa tak percaya?

Sebab apa masuk PAS?

Assalamualaikum wbrt....


Aku nak tanya para Pimpinan PAS sekalian.... Apakah tujuan sebenar kamu menyertai PAS?

Isnin, 15 Februari 2010

Assalamualaikum wbrt....

Menjelang PRU-13 nanti, kira-kira 2 tahun lebih lagi, dah tak lama lagi tu...................... Aku menyeru para blogger yang sayangkan PAS dan Pakatan Rakyat agar menyedari bahawa musuh utama kata adalah UMNO dan Barisan Nasional. Tegur pimpinan kita sekiranya mereka telah menyeleweng dari perjuangan asal kita. Namun kita perlu dedahkan segala kejahatan, penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan seumpamanya yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kepada seluruh rakyat Malaysia.

JOM Kita Perkasakan Pakatan Rakyat.....

Hancur UMNO 3x

Selasa, 9 Februari 2010

Jom Pakat Buat Statement...

Nampaknya, banyak sangat perbezaan pandangan di antara pimpinan PAS. Inilah yang terjadi apabila pimpinan masing-masing "berlumba" ingin memberikan pandangan mereka kepada media. Terbaru ialah komen mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak yang sah. Lihat saja pandangan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan Razak ternyata berbeza. Seorang membawa inspirasi Pakatan Rakyat dan seorang lagi mirip dengan inspirasi One Malaysia.

Sekali lagi aku terasa amat tertekan...... Ini belum dengar pandangan Hassan Ali, Khalid Samad, Ust. Din Tantawi, Mustapa Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan ramai lagi..... Kalau Zul Nordin dan Ibrahim Ali itu aku tak peliklah. 

Jumaat, 5 Februari 2010

Siapa pilihan Hakim?

Tanda-tanda Zamry akan kalah di Mahkamah semakin jelas. Apa tidaknya, hampir setiap hari ada saja berita Perak dan muka Zamry di TV........ Dok tengah berkempenlah tu. Apapun kita jumpa kat mahkamah pada 9 haribulan nanti.

Milik siapa PRU-13?

Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional
Pemenangnya ialah.......................... Tunggulah PRU-13 nanti

Rabu, 3 Februari 2010

Siapa Bakal Pengganti Anwar?

Perbicaraan kes liwat DS Anwar sedang berlangsung sekarang. Tidak dapat dipastikan bilakah perbicaraan ini akan berlangsung dan bilakah keputusannya. Apa yang pasti UMNO akan berusaha agar DS Anwar akan didapai bersalah dan dijatuhi hukuman sebelum PRU-13 nanti.

Persoalan saya? Adakah PR akan berkubur tanpa DS Anwar? Kalau tidak, siapakah yang akan menerajui Pakatan Rakyat?