Isnin, 26 Julai 2010

Renungan

 Firman Allah swt....


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَـتِلُونَ فِى سَبِيلِهِ صَفّاًكَأَنَّهُم بُنْيَـنٌ مَّرْصُوصٌ

Cerita Kita

Assalamualaikum wbrt

Datuk Hassan Ali dah mengaku dan DS Harusani pun dah mengaku...... Kita tak payahlah panjang-panjangkan lagi hikayat perpaduan PAS-UMNO. Masih banyak perkara yang perlu kita lakukan bagi menjatuhkan UMNO dari tampok pemerintahan Malaysia ini. Setiap ahli harus berperanan untuk dan bekerja dengan penuh ikhlas dan semangat. Inilah ruang dan peluang yang kita miliki bagi mentalkinkan UMNO pada PRU akan datang. Sengketa dan perbezaan pendapat haruslah dielakkan dan diselesaikan dengan berlapang dada. Sesungguhnya kemenangan kita kian hampir. Peluang sebegini bukannya sentiasa menjelma.

Kelemahan dan kerakusan UMNO perlu diceritakan kepada semua rakyat. Rakyat perlu sedar dan dicelikkan. Tugas ini adalah tugas setiap individu dalam Jamaah......Ayuh bangunlah dari lamunan dan kekecewaan......musuh kita kian nyanyuk dan lupa... tapi jangan sampai kita terpedaya lagi.






Rabu, 14 Julai 2010

Langkah Menuju Kemenangan

Assalamualaikum wbrt...

Pepatah melayu mengatakan "melentur buluh biarlah dari rebungnya"yang lebih kurang maksudnya  mendidik anak biarlah dari kecil lagi. Begitulah juga dalam pentarbiyyahan kader-kader dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Peranan ini wajib dilaksanakan oleh setiap individu dalam jamaah.

"Modul" ini telah lama dilaksanakan oleh PAS tetapi ianya kurang difahami dan dihayati oleh sebilangan besar ahli. Masih ramai anak "orang PAS" yang menyokong perjuangan UMNO malah ada anak pimpinan PAS yang menjadi pemimpin UMNO.Satu kerugian besar kepada jamaah. Siapa yang bersalah?

Di kampus terdapat satu unit khusus yang diwujudkan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan ahli jamaah setelah bergraduat dan bekeluarga. Hasilnya tetap ada meskipun masih belum mencapai peratusan yang sepatutnya. Masih ramai yang hanyut dengan dunia kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Bermula dengan pasangan yang memahami fikrah jamaah maka akan lahirlah anak-anak yang mengerti dan menghayati jamaah. Jika setiap dari anggota jammah ini memahami dan melaksakan peranan ini pasti jamaah akan dapat melahirkan kader-kader perjuangan yang mantap. Minda mereka pasti gagal ditawan oleh UMNO. UMNO pasti kecewa dan ISLAM PASTI MENANG...

Selasa, 13 Julai 2010

Manisnya Bersama Islam

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerana telah memilih daku untuk berada dalam perjuangan ini. Sesungguhnya perjuangan menegakkkan Islam adalah perjuangan yang sebenar.

Aku mengenali politik sejak dari sekolah rendah lagi....Bapaku adalah seorang ahli UMNO......Kemudian berubah menyokong Parti Semangat 46. Kini beliau adalah penyokong PAS berkeahlian UMNO (tidak pernah keluar UMNO dan menjadi ahli PAS). Dalam satu PRU aku telah menjadi petugas BN (menampal poster kat kampung aku). Masa tu aku darjah 5 dan tidak mengerti langsung apa itu politik.

Masa terus berlalu....semasa di sekolah menengah aku mula mengerti sedikit apa itu politik. Pernah aku disoal oleh guruku yang aku tahu dia adalah "orang PAS" apakah cita-citaku? Maka jawab aku...aku ingin jadi Menteri Besar. Waktu itu, PAS telah menjadi kerajaan di Kelantan.

Selepas SPM, aku ke Matrikulasi UPM di Terengganu....Di sini aku mula mengenali pelbagai Jamaah Islam...Ada Tabligh, ada KBM(ABIM), ada Nahwan Nur(JIM), ada Ikhwan. Aku mula keliru....namun bagi menjernihkan kekeliruan ini, aku telah mengikuti@menyertai kesemua jamaah ini. Seorang senior telah menjadi naqibku untuk usrah JIM, yang kemudiannya diganti oleh seorang staff setelah ianya bergraduat. Apa yang peliknya ialah staff ini adalah ahli ABIM bukannya JIM. Pada waktu yang sama juga aku telah menyertai Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) dan aku telah dilantik sebagai AJKnya.

Pada waktu itu juga, Kelab Ikhwan telah diwujudkan dan aku sering terlibat dalam aktivitinya. Seorang lecturer dan seorang senior telah menggerakkan jammah ini. Pertama kali aku diajak oleh senior tersebut ke Rusila untuk mendengar kuliah secara "live". Aku juga sering diajak oleh seorang kawan Tabligh untuk keluar ke markaz Kubang Bujuk. Lama kelamaan akhirnya aku menyatakan kesanggupan untuk mengikutinya. Kali pertama aku ke sana,aku telah bertemu dengan salah seorang lecturerku. Ramai juga orang yang berjawatan tinggi yang menyertai tabligh ini.

Maka dengan itu lengkaplah kesemua jemaah kampus yang aku sertai semasa aku di Terengganu.
Kisah ini belum selesai.......sambung kemudian.

Isnin, 12 Julai 2010

Renungan

 Assalamualaikum...
Allah SWT berfirman 

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلَـمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الاٌّخِرَةِ مِنَ الْخَـسِرِينَ

Maksudnya : Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang  yang rugi. 

And whoever seeks a religion other than Islam, it will never be accepted of him, and in the Hereafter he will be one of the losers. (Ali Imran : 85)

Anwar Pengkhianat, BN Penyelamat

DS Anwar Ibrahim adalah bapa segala petualang di Malaysiaku ini...
Beliau adalah ejen Israel dan dia juga adalah agen CIA

Buktinya?
Ceramah beliau tidak pernah digaggu oleh polis
Hakim2 sering menerima permintaan Anwar semasa di mahkamah
Anwar tidak pernah disabitkan kesahannya oleh mahkamah...
Selama 6 Anwar makan angin di seluruh dunia bersama keluarganya
dan macam2 lagi.....

Jadi, seluruh rakyat perlu sedar dan insaf...
Marilah sama2 kita sokong dan undi BN dalam PRU akan datang
Pastikan Malaysia terus diperintah oleh BN hingga kiamat
Hanya BN yang bijak memerintah

Buktinya...
MAS tak pernah rugi
Proton pun sama
Sime Darby, POS, Perwaja siapa kata rugi...
Rizab tunai FELDA semakin bertambah2
Hutang negara zero...malah negara lain yang berhutang dengan Malaysia...

Bijak sungguh BN mentadbir...
Pastikan anda undi BN