Sabtu, 30 Januari 2010

Pejuanganku Semakin Kabur?

Sejak akhir2 ini aku rasa rugi pulak jadi ahli PAS. Perasaan sama aku telah diluahkan oleh beberapa orang sahabat yang menjadi ahli PAS tanpa cawangan (menjadi ahli semasa di U). Apa yang aku rasa mungkin disebabkan apa yang aku lihat dan perhatikan apa yang berlaku pada PAS khususnya pada Pimpinan kini yang penuh kepincangan dan kontroversi.

PAS yang membawa perjuangan Islam semakin gagal untuk menunjukkan roh keislamanya. Sesama pimpinan pun tiada persefahaman.... saling bercakaran sehingga terpaksa dirujuk kepada JK Disiplin. Ternyata pentarbiyyahan ahli semakin kurang ditekankan oleh Pimpinan PAS. Untuk menjadi Pimpinan PAS tidak lagi perlu melalui marhalah2 tertentu. Hantar je borang, terus boleh jadi AJK, YDP malah mungkin juga P/jaya Negeri, kalau seseorang itu sudah dikenali ramai. Akhirnya orang yang tidak pernah melalui proses inilah yang akan memusnahkan PAS.
 
Berbalik kepada JK Disiplin PAS yang telah menjatuhkan hukuman terhadap YB Khalid dan Dr. Hassan Ali pada jumaat lepas. Ternyata keputusan tersebut adalah menunjukkan wajah sebenar siapakah JK Disiplin tersebut. Sebelum ini aku menganggap Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah individu yang berkecuali dalam isu UG, tetapi rupanya aku silap. Latar belakang kes sudah jelas.... tapi keputusan yang jelas berbeza dan jauh dari penilaian majoriti ahli. Apa yang pasti AHLI PAS telah DIPEBODOHKAN oleh JK Disiplin PAS. Untuk makluman JK Disiplin PAS (kalau mereka terbaca) nombor keahlian PAS aku ialah 452557. Cawangan mana? Aku tak becawangan sebab aku ahli Daftar Terus. Sila ambil tindakan terhadap saya sebab mengkritik dan tidak wala' pada pimpinan.

2 ulasan:

  1. salam tuan punya blog...slmat berta'aruf... sabar la tuan... dalam perjuangan untuk menegakkan islam nie memang banyak onak duri, sedangkan zaman Rasulullah sendiri pun ada di kalangan para sahabat yang berseliseh faham.. cuma kita x payah la nak mengeluarkan kata2 yang kurang enak seperti tuan luah kan... memang tidak ada siapa yang akn ambil tindakan kpd tuan saya rasa... tapi ingat, kita berjuang bukan kerana sesiapa, kita berjuang kerana nak menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini...Pas sebagai tapak saja...jd perkara2 seperti ini tetap akan berlaku..cuma klu tuan sebagai ahli biasa perkuatkan jemaah, ikuti... usroh..di sana mungkin ada di kalangan ahli yang dapat memberi apa yang kurang dri kita...x perlu lah kita berkata2 yang kurang enak. saya tahu ini blog tuan, tuan bebas tulis apa saja,tapi kita dalam peerjuangan tidak di ajar begitu.
    maafkan saya jika kata2 saya menyingung tuan.
    "Berjuang kerana Allah"
    takbir.... Allahuakbar.
    shidi..kk.sabah

    BalasPadam
  2. Terima kasih buat sdr. Ibnu Rashid.....

    Memang betul nasihat anta tu. Cumanya ana semakin keliru dengan sikap pimpinan PAS pada hari ini. Bercakaran sesama sendiri, tidak berlaku adil, cah keting, jemaah dalam jamaah dsbnya.

    Untuk makluman anta...
    Sekarang ana tinggal dalam kawan pure UMNO, DUN dan Parlimen telah dimenangi oleh UMNO tanpa bertanding 2 penggal berturut-turut. Isu dalaman PAS ternyata menjadi penghalang kpd ana untuk menyerlahkan fikrah sebenar. Sebagai ahli kecil, ana kecewa..... Terasa tiada maknanya bersama PAS(tidaklah sampai terniat untuk meninggalkan perjuangan yang telah ana sertai sejak tahun 1996 lagi dan telah mengundi PAS semenjak tahun 1999).

    Apapun ana tidak mengharapkan agar ramai ahli yang kecewa macam ana.

    BalasPadam