Sabtu, 23 Oktober 2010

Setitis Ulasan : Perhimpunan Agong UMNO ke-63

Semalam telah berakhirnya persidangan parti melayu yang terbesar di dunia. Ketuanan Melayu terus diangkat sebagai agenda penting dalam perbahasan para perwakilan. Wirid "hanya UMNO dan BN sahaja yang boleh mentadbir negara" masih kedengaran. Hak melayu terjamin dalam perlembagaan negara meskipun BN tidak lagi memerintah. Itulah jasa besar UMNO kepada orang melayu.

Nampaknya DS Najib begitu bersemangat sekali ketika berucap menggulung perbahasan. Nyata Najib lebih hebat berbanding Pak Lah dalam berhujah dan bermain kata-kata. Adakalanya ucapan Najib begitu realistik tetapi adakalanya nampak hanya retorik semata-mata.Rupanya dalam UMNO ada LANUN. Itulah kata Najib yang merujuk kepada Shafiee Apdal. Lanun tu apa? Maknanya dalam UMNO juga ada BAPAK LANUN. Siapakah bapak lanun dalam UMNO. Adakah yang telah pencen itu? Tahun depan Najib akan turun ke semua negeri dan Najib mahukan sambutan yang hebat. Satu tugas enteng buat Pengerusi Perhubungan Negeri. Masakan tidak.....keluar aje surat arahan kepada semua ketua jabatan untuk mengarah dan mewajibkan kehadiran semua kakitangan kerajaan, termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah (macam yang lepas-lepas), pasti ramai punya. Pimpinan UMNO juga digesa menggunakan IT dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Katanya beliau mempunyai lebih setengah juta rakan Facebook. Retorik yang terbesar dalam ucapan najib ialah beliau mengatakan UMNO tidak pandai untuk menceritakan apa yang telah dilakukan kepada rakyat. Habis tu TV, Radio, surat khabar yang dok cerita setiap hari tu apa benda? Woi!!!! Najib ingat rakyat Malaysia ni bodoh macam ahli-ahli UMNO ke? Pakcik dan makcik UMNO pun dah cerdiklah.............

Model Politik Baru yang digemburkan oleh Najib nampaknya tidak menarik minit para perwakilan dalam perbahasan mereka. UMNO masih terlalu selesa dengan apa yang mereka ada dan amalkan pada hari ini. Bagi mereka selagi mereka ada kuasa mereka boleh buat apa sahaja. Itulah tanda-tanda kehancuran sedang menghampiri UMNO.

Pakatan Rakyat jangan alpa........Teruslah menyedarkan rakyat dan aturlah pelbagai program untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat. Pada waktu yang sama, leraikan segala sengketa sesama ahli dan pimpinan. Mantapkan lagi persefahaman antara komponen. Pastikan PRU-13 nanti adalah milik rakyat yang cintakan Islam, keadilan dan ketelusan.


Keyman
Pengerang, JOHOR.
24 Oktober 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan