Isnin, 1 November 2010

House PK Paling Hebat....

Assalamualaikum wbrt....

Sebentar tadi aku melayari blog2 Pro Pakatan Rakyat untuk mendapat info2 terkini PRK Galas dan Batu Sapi. Tidak banyak gambaran terkini yang dapat aku dapat baca dari blog2 Pro PR. Terasa berbeza sekali laporan dari para blogger PR kali ini berbanding PRK yang sebelum ini. Aku tak pasti berapa ramaikah blogger yang turun berkampung di Galas dan Batu Sapi. Lesu.....itulah gambaran yang akan dapat rasakan.

Bagi mendapat gambaran dari pihak BN, aku melilau ke blog2 Pro UMNO dan BN pula. Nampaknya blogger2 UMNO lebih ghairah untuk mengkritik calon PAS berbanding blogger PR mengkritik calon BN. Ternyata serangan peribadi menjadi modal para blogger BN. Antara blog yang aku sangat 'seronok' membaca artikelnya ialah House PK. Ternyata apabila aku membaca artikel dalam blog ini ianya menjelmakan satu persepsi bahawa Parpu Kari adalah manusia yang hebat ilmu agamanya, mempunyai susuk badan yang mantap, rupa yang hensem. Persepsi ini adalah mencul apabila secara angkuh beliau mengkritik ilmu yang dimiliki TG Nik Aziz dan para pimipinan Pakatan Rakyat. Kenapa aku mengatakan Parpu Kari adalah manusia yang hensem dan macho kerana dia menggelarkan calaon PAS DUN Galas Dr. Zulkifli sebagai GENDUT.....

Namun, apabila teringat seorang manusia yang menjadi tetamu Astro Awani 3-4 hari lepas aku mula tersenyum sendiri. Kenapa? Kerana manusia tersebut nyata bukanya seorang yang petah berbicara sepertimana lantangnya dia menulis di blog. Kalau Dr. Zulkifli dikatakan gendut, maka manusia di Astro Awani tersebut adalah bapak gendut. Itulah dia manusia yang mengelarkan dirinya Parpu Kari. Manusia yang tidak sedar diri sebegini amat ramai dalam BN. Matlamat mereka ialah meraih kesenangan dunia tanpa ambil pusing halal dan haram. Fitnah dan cacian sudah menjadi zikir harian mereka.

Buat Parpu Kari.....

Bertaubatlah segera sementara nyawa masih dikandung badan. Tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah kecuali dosa syirik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan