Isnin, 8 November 2010

CIRI-CIRI DAKWAH ISLAMIYYAH

Apakah Ciri-Ciri Dakwah Itu? 
(Dr. Abdullah Naseh 'Ulwan)

Orang yangdiseru dan yang menyeru (al ma'du dan al da'iyah) mesti mengenali ciri-ciri dakwah ini. Umat-umat yang memeluknya dimuliakan oleh Allah dan Allah memuliakan para pendakwah dan para ulama' kerana mereka memikul dakwah ini dan menyampaikannya kepada Manusia.

Allah memuliakan tiap-tiap umat yang memeluk dakwah ini sebagaimana firman Allah Ta'ala:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلَـمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الاٌّخِرَةِ مِنَ الْخَـسِرِينَ
" Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di hari akhirat termasuk orang-orang yang rugi ". (Ali Imran : 85)

Allah memuliakan para  duat dan ulama' kerana mereka mendukung dakwah Allah dan menyampaikannya kepada manusia sebagaimana firman Allah Ta'ala"

وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
" Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruk kepada yang ma'tuf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung ".(Ali Imran : 104)

Maksud mengetahui ciri-ciri dakwah ialah para mad'u dan pendakwah mestilah mengetahui dakwah ini dakwah penutup atau dakwah terakhir dan mengapakah ia dikatakan dakwah penutup segala dakwah? Dakwah ini besifat alamiah (universal) dan mengapakah ia bersifat demikian? Dakwah ini mempunyai ciri-ciri khusus dan keistimewaan dan kenapakah ia berbeza dari segi dakwah?

Tidak syak lagi, apabila para pendakwah mengenali segala konsep dan ciri-ciri dakwah ini, nescaya dia lebih mampu memikul dakwah ini dan bersungguh-sungguh menyampaikannya kepada manusia walau bagaimana besarnya rintangan dan gangguan yang mesti dilhadapinya. Hinggalah Allah memberi kemenangan ataupun dia mati di jalan dakwah dengan penuh kepuasan. Dia gembira dan redha kerana dia telah menunaikan tugasnya dan telah melaksanakan apa yang telah diwajibkan kepadanya. Sementara itu orang yang telah menerima dakwah ini setelah mengenali hakikat dakwah ini, setelah memeluk dan mengimaninya tentu bertambah lebih kuat pegangannya terhadap dakwah ini. Akan lebih kuat penentangannya terhadap sesiapa sahaja yang memusuhi dakwah ini dan akan lebi besar jihadnya pada jalan dakwah ini. Dia kekal beriman dengannya dan bertahan di atasnya dan menyeru manusia kepadanya sehingga dia menemui Allah dengan hati redha di dalam himpunan para Nabi-Nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin dan mereka itulah sebaik-baik teman di taman syurga yang penuh bahagia.

Oleh itu wajarlah kita di sini membicarakan di dalam fasal ini berkenaan ciri-ciri dakwah Islam dengan segala  keistimewaannya yang paling nyata menurut susunan ini:

1.1 : Kenapa dakwah Islam menjadi penutup segala dakwah?
1.2 : Kenapah dakwah ini menjadi dakwah alamiah (universal) untuk semua?
1.3 : Apakah ciri-ciri dan keistimewaannya yang paling nyata?

Bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan