Sabtu, 6 November 2010

Menggalas Impian...

2 hari telah berlalu......PAS dan PKR tidak tekecuali rakan PR iaitu DAP menerima sedikit tamparan akibat kekalahan dalam PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. BN masih lagi meraikan kemenangan mereka dan semestinya mereka berhak meraikannya. Bagi pejuang2 Pakatan Rakyat, ayuh pergiatkan lagi usaha anda. Perbanyakkan lagi program2 kebajikan dan program bersama masyarakat. Apa yang penting perkukuhkan lagi persefahaman dalam pakatan dan sesama ahli. Selesaikan setiap masalah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Matlamat kita sudah jelas......Perjalanan kita masih jauh dan berliku. Usaha yang gigih tanpa berputus asa dan sentiasa berserah diri kepada Allah adalah ciri-ciri pejuangs sejati.....Kemenangan dan Kejayaan memerlukan pengorbanan harta, tenaga dan jiwa kita. Ayuh....Kita buktikan pada PRU-13 nanti adalah milik kita bersama demi anak-anak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan