Isnin, 8 November 2010

Bertandinglah Secara Sihat

Tanpa ingin campur tangan dalam urusan dalaman PKR sebab aku bukan ahlinya, tetapi sekadar ingin mengingat....Nampaknya langkah yang dinggap telus dan terbuka serta pelopor kaedah 'satu ahli satu undi' dalam pemilihan parti di Malaysia menjadi liabiliti dan masalah kepada PKR. Bagi saya, apa yang berlaku bukanlah kerana salah sistem tetapi salah manusia yang terlibat dan mengurus. Sistem yang baik sekiranya tidak diurus dengan betul akan mengeluarkan hasil yang tidak berkualiti.

Kehangatan dan suasana pemilihan kepimpinan PKR kali ini ternyata berbeza berbanding dengan pemilihan-pemilihan yang sebelumnya. Ternyata, pertembungan YB Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim untuk merebut jawatan Timbalan Presiden menjadi medan mencari salah dan kelemahan masing-masing. Zaid lebih banyak menggunakan media arus perdana dalam menegur dan menyatakan kelemahan lawannya. Manakala Azmin pula 'dilihat' menguasai JPP.

Kemuncak rasa tidak puas hati Zaid terhadap ketelusan JPP dalam mengurus pemilihan kali ini ialah dengan menarik diri dari menjadi calon Timbalan Presiden dan melepaskan jawatan beliau sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Begitulah kesudahan Zaid dalam pertandingan kali ini. Bagaimana dengan Azmin? Adakah Azmi berpuas hati dengan JPP? Betul ke JPP tidak telus?  Saya tidak bercadang menjawab persoalan ini.

Baik Azmin mahupun Zaid, bertandinglah secara anak jantan dan semangat setiakawan yang tinggi. Samada anda menang atau kalah terimalah keputusan dengan dada yang terbuka. Kemenangan bukan bermakna anda yang terbaik dan kekalahan bukannya bermakna anda tidak hebat. Anda perlu ingat bahawa PKR bukanlah hak milik persendirian sesiapa dan bikannya milik kroni tertentu. PKR adalah hak semua ahlinya yang berdaftar. Kami semua memerlukan PKR yang kuat agar Pakatan Rakyat menjadi kuat.

Akhirnya satu persoalannya yang perlu dicari jawapannya, apakah PKR sebuah parti yang memperjuangkan keadilan telah belaku adil kepada ahlinya sendiri?

Kg Sungai Kapal
08 November 2010
6.10 Petang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan