Rabu, 10 November 2010

Perjalanan Ke Putrajaya Makin Kabur

PAS, PKR dan DAP telah membentuk Pakatan Rakyat sebelum PRU-12 yang lalu. Pakatan ini berjaya menunjukkan prestasi yang meyakinkan dengan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen di samping menguasai 5 buah kerajaan negeri.

Namun begitu, harapan rakyat terhadap Pakatan Rakyat sedikit terjejas dengan jatuhnya kerajaan Perak di bawah PR ke tangan BN melalui cara yang tidak demokratik. Puncanya adalah kerana kelemahan Pakatan Rakyat dalam mengurus wakil rakyatnya sehingga mampu dikuasai oleh BN dan seterusnya mengubah kepimpinan negeri. Meskipun PR menang di 8 Pilihanraya Kecil, pelbagai masalah berlaku dalam pimpinan PR.

PAS terjejas dengan timbulnya Kerajaan Perpaduan bikinan UMNO. Isu hampir-hampir menjerumuskan PAS kepada perpecahan yang serius. Dalam PAS seolah-olah wujud 3 golongan iaitu Pro Perpaduan, Anti Perpaduan dan Golongan yang keliru...Setelah itu timbul pula pergesaran di antara wakil rakyat PAS dan DAP di Selangor. Lompatan wakil rakyat PR terus berlaku khususnya dalam PRK. Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat terus diserang dari segenap penjuru oleh BN melalui media-media arus perdana yang mereka miliki. Kerajaan neger Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor menjadi "punching bag" bagi BN.

Seterusnya isu dalamam parti-parti dalam PR yang terdedah dan didedah menjadi modal BN untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Mutakhir ini BN mendapat satu kemengan moral dan keyakinan yang baru apabila dapat memenangi PRK Galas dan Batu Sapi dengan majoriti yang besar. Pada waktu yang sama, PKR yang sedang dalam proses pemilihan Kepimpinan Pusat terjebak dalam krisis keyakinan dan 'penyelewangan' (belum terbukti lagi). Krisis ini belum lagi menampakkan jalan penyelesaiannya.

Pada waktu yang sama 'Mastermind' PR terus disusahkan oleh BN. Perbicaraan tuduhan liwat pastinya akan merencatkan perancangan dan mental beliau. DS Anuar dilihat kian lemah dan kurang berdaya. Sekali pandang, terasa jada juga betulnya teguran Dr. Asri tempoh hari.

Apapun yang berlaku, pimpinan PR perlulah fokus dalam menghadapi perrmaian licik UMNO dan BN. Matlamat juga perlu jelas. Segala ketegangan perlulah dikendurkan, yang panas disejukkan, yang kusut dileraikan. PR juga perlu sedar, BN telah dan akan menggunakan segala kekuatan bagi memastikan Putrajaya milik hakiki mereka. Ayuh.........Laksanakanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kalian. Jangan sia-siakan harapan rakyat pada Paktan Rakyat. PR wajib menjadi pilihan rakyat pada PRU-13 nanti.

1 ulasan: